bukan tidak pernah pesan langsung. sudah banyak kali. tetapi biasalah kadangkala tergelincir juga. almaklum tidak biasa menjalankan kehidupan normal. bukan memilih untuk tidak tetapi itu pilihan yang tersedia ada memandangkan yang terpampang pada ketika itu sungguh dan benar mampu melatih hati menjadi seketul batu. lamalama diasak termakan juga. sudah begitu kejadiannya bukan? mahu sangkal? mungkin kau ada hujah lain. tidak mengapa.
bukan tidak pernah berjanji langsung. sudah banyak kali. tetapi biasalah kadangkala teringkar. almaklum baru cuba belajar untuk berjalan. kena bermula dari bawah. bukan terus berlari. jatuhjatuh, parut terpalit sanasini adatlah namanya.
sudah banyak kali juga membicara tentang ini. tetapi ada banyak kali juga beraksi seperti lupa. bukan lupa. tapi kekuatan yang dilumur seolah semakin lama semakin tertanggal. kena sentiasa rajin. rajin menampal balik kekuatan yang sudah lenyap.
bukan perkara mudah untuk membina sesuatu yang baru dengan segarbugar. setelah bertahuntahun bergelumang dalam itu.
tetapi disitulah kiraan percubaan dilakukan. tanpa berkenalan dengan si putus asa. mahu yang sebegitu, tunjukkanlah sebegitu. jangan hairan, benda tidak semestinya terzahir seperti apa yang diimaginasikan. oleh kerana imaginasi banyak membantu membentuk citacita. memang payah. tapi jangan mengeluh dengan terlampau banyak.
bisik dalam. untuk tiada siapa tahu. untuk tidak perlu dibuktikan kepada sesiapa. cukup dengan satu.
izlin, jangan penat. tahan. teruskan.
October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 care to word:
kuat izlin!
semakin goyah kedudukan semakin mudah untuk jatuh.
asal aku cakap camni? mungkin aku sedang mendalami erti sengal.
terus kuat ok (:
yosh go ong yoshh. go ongg. terus goo
cabar diri awk.
jgn berhenti.
biar sakit.
biar nanges.
sy bersama.
:)
yelah, mana ada budakkecik pandai berlari dulu sebelum merangkak kan kak lynn kan.. hehe :)
go girl!
+_-
be strong my friend
everything will turn out good :)
kuat kuat kuat kuat..
oke dah jadi kuat dah? =P
kitaran hidup memang begini..
terus kuat..;DD
Post a Comment