September 15, 2009

a little piece of heaven

kehadapan semua,

malam ini saya sangat gembira. walau hakikatnya saya hanya seorang sedang menelan kejadah haram kaca yang hampir memampuskan hati dan jiwa saya tetapi tuhan itu maha baik dengan meng-adakan paripari yang cantik untuk menemani saya untuk terus bertahan dan menghidupkan perasaan saya.

mungkin pada dasarnya saya tidak seperti lainlain (saya seorang makhluk tuhan yang pelik), tetapi saya tidak diasingkan mereka.


saya silap. hanya memandang kepada perkara yang satu itu. sedangkan dua dan tiga dan juga mungkin empat itu sudi membuka peluang
kepada saya. bilamana saya membiarkan diri terhakis tanpa sekilas harapan untuk belas kasihan itu. saya berlaku kejam terhadap diri sendiri. saya terlampau mendera diri sendiri yang saya janjikan kepadanya satu pulangan dari tuhan mungkin akan setimpal dengan apa yang telah saya korbankan. kerana saya sentiasa percaya tuhan itu maha adil. tetapi saya sedikit silap dengan tidak cuba melihat sekeliling yang telah Dia ada-kan untuk tidak saya atau awak awak semua melangkah seorang.

jangan pernah berhenti percayakan Dia.


dan untuk kamu, terima kasih untuk segala kebimbangan aku tentang segala apa dibalas dengan alasan dan juga suara riangria itu. sumpah aku sedang menjauh. aku cuma mahu ruang untuk bernafas dengan normal kembali.

yang benar bersuara,

saya.

1 care to word:

d i e y L a . said...

seronok tengok kamu gembira ;)