September 17, 2009

kehadiran yang mengadakan seorang

malam ini aku menanti untuk kehadiran itu.

kehadiran yang tidak menjanjikan airmata
kehadiran yang tidak menjanjikan kesakitan
kehadiran yang tidak menjanjikan kejauhan

namun tiada kehadiran itu.

terus menerus airmata datang menyapa
terus menerus kesakitan datang memeluk
terus menerus kejauhan datang memujuk

aku cuma mahu lelap.

untuk bermimpikan munculnya kehadiran itu
untuk bermimpikan hangatnya kehadiran itu
untuk bermimpikan damainya kehadiran itu

tetapi mata mengeras, hati berdegil.

mencuba untuk tidak menyambut airmata
mencuba untuk tidak mengerat kesakitan
mencuba untuk tidak mengalah kejauhan

masih aku menanti untuk kehadiran itu.

august 23, 2009/0223am

macam tidak percaya ini sudah berlangsung bukan sehari dua atau tiga hari. tetapi menyentuh bulan juga. mungkin kalau ia dizahirkan pasti sudah menyerupai mayat hidup. tapi tidak mengapa, sekurangnya aku lebih mengetahui dan mengenali. dan masih aku cuba yakinkan diri sendiri bahawa ini sememangnya apa yang sedang berlaku.

3 care to word:

d i e y L a . said...

aku maseh tertanya apa sebenarnya yg terjadi pada kau.

seperti mengalami suatu keadaan yg saket tp aku maseh tak nampak kenapa ini terjadi.

harapnya kau terus kuat izlin!

Kartika Azmi said...

sy pon kurang paham.

the-amalina said...

penantian.tunggu.jangan pernah berhenti sebelum masanya.