2009, dia menjadi perkara pertama setiap hari aku.
hari ini, awal pagi sebaik mata menyapa siang ya dia sudah ada duduk dihujung sana dengan muka ada-benda-yang-tidak-kena. kau tahu aku seorang yang tidak menunjuk perasaan dengan ketara. walau dalam keadaan separa sedar masih aku cuba tumpu dan mahu tumpukan sepenuh perhatian pada dia.
dia menyimpanseorang dengan terlalu banyak.
aku dengar. aku respon. yang mungkin mengecewakan atau tidak menggembirakan dia, tetapi aku harus nyatakan kebenaran. kenyataan.
dia harus belajar untuk tidak lagi dengan menyedapkan hati sendiri dan tidak sekadar hidup pada luaran.
aku mahu dia tahu, itu semua bukan kebahagiaan yang asli.
dan juga aku mahu dia tahu, dia tidak seorang dalam mengendalikan segala apa dalam kehidupan. hakikat, dia berkorban sejuta rasa hanya untuk tiada siapa tercelaka. aku tahu. aku sedar. dan aku tidak mahu begitu lagi.
aku bukan penat untuk mendengar lagi tetapi aku tidak sanggup untuk melihat dalaman dia terhakis dan akhirnya ranap. dan sumpah aku akan kuat bertahan untuk dia bersandar dengan menerus juga selesa.
tuhan, baikbaik-kan dia kerana dia satunya ratu dihati aku.
dan dia wanita tercantik yang aku miliki.
July 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 care to word:
izlin!
aku doakan yg terbaek utk ratu hati kamu.
dia mmg yg terbaek dan dia pasti dpt sesuatu yg baek jugak.
kim salam kat ma ok ;)
p/s:rindu mak saya kat tganu jugak.hee
die layak dipanggil ibu krn apa yg sedang kamu deskripsi kan ini.
sila berkuat ntok mama kita. abah juga.
aku pun setuju. cnt imagine how they can be so strong.
Post a Comment