aku diam dan memerhati dengan terlalu banyak.
sehingga aku tiba di satu proses bertanyakan kepada diri sendiri tentang segalanya. dan ada masanya aku berharap aku tidak berada ditempattempat dimana aku menyaksikan dan menjadi penonton untuk kejadiankejadian lagi.
aku banyak berada dipertengahan. dan adakala aku seperti mahu menyalahkan sehabis peratus kepada diri sendiri untuk apa yang berlaku.
mungkin juga aku seorang pengawal yang gagal.
untuk setiap incinya, wujud waktuwaktu aku seperti menolak. menolak untuk mengetahui. mungkin itu mampu mengelak dari sesuatu yang mungkin.
kerana aku berfikir tentang timbulnya tanggungjawab. aku bukan mahu menggadai.
ianya adalah seolah meletakkan kau sebagai pemutus kata yang tidak harus memberat pada ketidakadilan. seolah juga memperjudikan sebahagian nilai yang dimana memaparkan kau kepada umum.
aku harus lebih memper-haluskan setiapnya.
July 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 care to word:
selamat berusaha..;DD
jgn salahkan diri 100%.save some for others.hihi
Post a Comment