kau tahu betapa tidak mudah untuk aku berhadapan dengan segala apa ini?
aku tahu aku sedang dan sentiasa mengecewakan mereka, yang menuntut perhatian daripada aku. dan aku ini seorang yang melenyap dan menimbul tanpa sebarang isyarat.
kerana aku ini juga memilih untuk tidak dimiliki sesiapa kerana silam yang mencelakakan aku.
dan bilamana kau meranap secara halus, terus mendiam aku juga tenggelam. tenggelam yang menghanyutkan aku kepada bukan realiti.
aku mahu biar tanpa olahan sebenar.
aku juga cuba menerima dengan mesranya bahawa lahanat&jahanam itu seorang guru. sedang mengajar dan sentiasa mengajar. kerana adanya ia,
kau akan sedar tentang sesuatu, menerima tentang sesuatu dan kepastian membuatkan kau belajar tentang sesuatu itu.
dan untuk apa ia?
sebentuk bekal keterjagaan.
May 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 care to word:
belajar sesuatu
ia pasti dugaan
belajar dari kesilapan!
Post a Comment